Kuala Lumpur, 19 Februari 2011 – Sempena dengan perayaan tahun Baru Cina, MBM dengan kerjasama lapan pertubuhan utama Cina (EMCO) telah mengadakan Program Sambutan Tahun Baru Cina 2011 bertempat di Dynasty Dragon Seafood, Time Square Kuala Lumpur. Seramai 1000 orang tetamu dari pelbagai bangsa terutamanya ahli-ahli pergerakan belia di Malaysia telah hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Beberapa acara beserta hadiah turut diadakan bagi memeriahkan lagi program ini.