MAJLIS BELIA MALAYSIA

Sahabat MBM jalin kerjasama dengan BTN

Skuad sukarelawan Sahabat MBM seramai 160 orang terdiri daripada ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), alumni Mahasiswa Turun Padang (MANTAP) dan belia setempat telah bergerak ke Lenggong dan Sungai Siput, Perak serta Kuala Krau dan Temerloh, Pahang bermula 7 hingga 9 Januari 2015. Misi kali ini mendapat kerjasama erat daripada Biro tatanegara (BTN), JPAM, Majlis Belia Negeri Sembilan dan Majlis Belia Negeri Pahang.

Sukarelawan dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk membersihkan rumah, premis dan bangunan awam.JPAM Kuala Lumpur juga telah menghantar 2 buah lori untuk kegunaan sukarelawan di lapangan beserta pemantauan pegawai bertugas.

BTN telah menaja pengankutan dan penginapan sukarelawan bagi sepanjang misi ini berlangsung.

Misi ini diketuai oleh Sdr Mohd Nizam Shopery selaku ketua penyelaras Sahabat MBM.

 

 

10891629_10152771525019145_1329356326816300945_n 10922837_10152771524869145_5456418791408310467_nIMG-20150107-WA0004 IMG-20150107-WA0005 IMG-20150107-WA0006 IMG-20150107-WA0008 IMG-20150107-WA0009 IMG-20150107-WA0014 IMG-20150107-WA0015 IMG-20150107-WA0016

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »