MAJLIS BELIA MALAYSIA

Rumah Terbuka MBM dan Sambutan Hari Malaysia meriah

Kuala Lumpur, 15 September 2011 – Kita amat bertuah kerana berpeluang menyambut Syawal dan Hari Kemerdekaan ke 54 serta Hari Malaysia dengan serentak dalam suasana harmoni. Sempena dengan tarikh-tarikh yang amat bermakna kepada seluruh umat Islam khususnya dan kepada warganegara Malaysia amnya, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Hari Malaysia di Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak bermula pada jam 3 petang hingga 7 malam. Lebih sebelas ribu pengunjung yang terdiri dari pemimpin-pemimpin kerajaan, pertubuhan belia, ahli belia, mantan pemimpin belia, masyarakat setempat serta golongan ibu tunggal dan anak yatim telah diraikan pada majlis ini. Pelbagai juadah disediakan seperti kambing golek, sate, pelbagai menu mee, buah-buahan tempatan, kuih muih raya serta hidangan aiskrim dan Nescafe dari Nestle (M). Pada majlis ini juga, MBM turut menyampaikan sumbangan kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim serta golongan warga emas dari sekitar Bandar Tun Razak.

Last Updated ( Thursday, 15 September 2011 21:39 )

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »