Kuala Kubu Baru 26 Ogos – Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Belia Malaysia yang berlangsung di SMK Ampang Pecah bermula dengan Ceramah Aspirasi Belia Jiwa Merdeka oleh Sdr. Mohammad Sherhan Nizam Abdul Aziz Tokoh Belia Negara 2017, Tokoh Belia ASEAN 2017 dan merangkap Exco MBM.
Diteruskan lagi dengan Pelancaran Kibaran Jalur Gemilang Belia Malaysia yang dimulakan dengan ucapan aluan Pengetua SMK Ampang Pecah dan diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh YB Dato’ Mohd Rosli B. Ramli Pegawai Kemajuan Negeri Selangor (JUSA B).
Antara tetamu turut hadir ASP Mohd Razif bin Mat Tahir Ketua Polis Balai Kuala Kubu Bharu merangkap Pegawai Seranta SMK Ampang Pecah dan Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM.
Program ini juga merangkumi aktiviti Khidmat Sosial : Tukar minyak hitam percuma dan pemeriksaan keselamatan motorsikal, Mini Forum : Peluang kedua dan Pameran Pendidikan dan Latihan.