MAJLIS BELIA MALAYSIA

Retreat Sahabat MBM: pupuk semangat sukarelawan

Sahabat Majlis Belia Malaysia (MBM) yang berperanan dalam melatih barisan sukarelawan MBM telah mengadakan Retreat Sahabat MBM pada 10 hingga 12 April 2015 yang lalu. Seramai 26 peserta dipimpin oleh Sdr Awie Shoubli berkampung di Kampung Kuala Medang, Kuala Lipis, Pahang bagi menjayakan program ini. Objektif utama retreat sahabat MBM kali ini adalah untuk menentukan halatuju gerakan Sahabat MBM dalam tempoh masa lima tahun akan datang. Retreat ini dirasmikan oleh Sdr. Aizad Roslan yang juga Exco MBM.

Dalam program ini juga peserta berbincang dan membentangkan perancangan Sahabat MBM dalam menarik minat belia menyertai sukarelawan Sahabat MBM. Aktiviti berakit di sepanjang Sungai Jelai merupakan aktiviti yang paling menarik minat mereka dan peserta dilihat berpuas hati dengan program Retreat Sahabat MBM yang dijalankan pada kali ini.

7 5 6 4 3 2 1 3

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »