Monday, 22 March 2010
Kemaman, 21 Mac 2010 – Tercatat satu sejarah manis dalam hubungan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam satu suana mesra sepanjang Retreat KBS – MBM yang telah diadakan pada 19-21 Mac 2010 di Awana Kijal Resort Kemaman Terengganu. Seramai 123 orang peserta yang terdiri dari pengurusan dan pegawai KBS serta barisan kepimpinan MBM dan Ahli Dewan Tertinggi MBM telah menyertai retreat ini yang ideanya datang sendiri dari YB. Menteri Belia dan Sukan, YB. Dato’ Ahmad Shabery bin Cheek yang mahu melihat hubungan KBS – MBM menjadi semakin erat dan mesra. Program selama 3 hari ini telah dirasmikan oleh YB Menteri Belia dan Sukan dan beliau juga turut sama dengan peserta mengikuti keseluruhan aktiviti yang telah diatur.
Menurut Presiden MBM, Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, penganjuran retreat ini telah memberi ruang kepada MBM dan KBS untuk bersama-sama mencari persamaan dalam memastikan agenda pembangunan belia dapat dicapai dengan lebih berkesan. Beliau juga amat berharap program seperti ini akan dapat diadakan pada setiap tahun.
Gambar-gambar retreat boleh dilihat di sini