TANAH MERAH 13 Sep – Program Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community telah memulakan pelaksanaannya di Dewan Masjid Jamek Ismail Petra di sini.
Lebih 100 orang peserta telah bersama dalam program ini terdiri daripada Kelab Belia Generasi Penggerak Ummah (GPU), Masjid Jamek Ismail Petra yang merupakan sebuah Pertubuhan belia aktif di bawah kepimpinan Sdr. Muhammad Hanif Fitri Mohd Sawadi, Naib Johan APBN Negeri Kelantan.
Jelajah di Zon Timur ini diketuai Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid, Presiden MBM dan disertai Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hafizul Nizam Abdullah, Yang Dipertua MBJ Tanah Merah, wakil MGB Kelantan dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Tanah Merah.
Antara pengisian program pada hari ini adalah sesi tayangan perdana Dokumentari MBM, lawatan ke Kg, Belimbing, Tanah Merah yang merupakan Kg. Angkat Madani bagi aktiviti permainan wau yang merupakan aktiviti ikonik setempat di Kampung tersebut. Turut diadakan sesi perkongsian khas bersama Sdr. Presiden MBM.
Reach Out Majlis Belia Daerah (MBD) & Community ini menampilkan penglibatan belia dari seluruh negara, bertujuan memperkasakan komuniti melalui pelbagai aktiviti dibawah Rakan Muda melalui segmen Rakan Ekspresi.
Penganjuran program ini adalah merupakan sokongan dan kerjasama yang hebat daripada Kementerian Belia dan Sukan melalui segmen Rakan Muda, Chery Malaysia dan Projek Belia Mahir.
Terima kepada Majlis Gabungan Belia Kelantan dan MBJ Tanah Merah yang telah bersama sama membantu menjayakan pelaksanaan program ini.










