KUALA LUMPUR 27 Okt – Program Sekolah Sukarelawan MYVOC inisiatif Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) telah diadakan bertempat di Taman Petaling.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Presiden GBBM, Sdr. Aluyis Lim 林順斌
Program di bawah segmen Rakan Muda, Rakan Prihatin Kementerian Belia dan Sukan ini berbentuk bengkel kemahiran 2 hari 1 malam yang memfokuskan beberapa elemen penting seperti Asas Pertolongan Cemas, Asas Pengendalian Radio Amatur, Tatacara Pengurusan Bencana, Asas Bantuan Sokongan OKU dan Asas Bantuan Psikologi.
Semoga dengan pelaksanaan program ini dapat menambah nilai kepada sukarelawan belia dan menjadikan MYVOC sentiasa bersiapsiaga dalam apa jua bencana.
Turut hadir Exco MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesukarelaan dan Belia Mahir, Sdr. Ibnu Rasyeed Mat Isa.