KOTA BHARU 13 Sep – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli Abd Halim hadir ke Program Kembara Jumpa Orang Muda Peringkat Negeri Kelantan (KJOM) di Kompleks Pentadbiran Yayasan Islam, Tunjung Kota Bharu.
Pengisian utama bagi program ini adalah sesi libat urus Pelan Transisi Kepimpinan Belia yang mana maklum balas yang diterima akan digunakan ke arah memuktamadkan pelan tersebut yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan kepada Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007.
Program turut diserikan dengan kehadiran Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) yang sepentas bersama YB Timbalan Menteri dan YB Exco Negeri bagi menjawab pertanyaan belia-belia selain mempromosi dan mengajak anak-anak muda sertai persatuan belia.
Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, NGO dan Perpaduan Masyarakat Negeri Kelantan, YB Zamakhshari Muhamad; Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Tuan Mohd Azhari Mohammad; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Encik Saipuddin Zakaria; Presiden Majlis Gabungan Belia Kelantan, Sdr. Mohd Syahiran Muhammad dan kepimpinan dari badan-badan gabungannya.
Pelbagai pengisian diadakan dalam program ini yang bertujuan mendekati anak muda selain mendapatkan cadangan dan pandangan.




