MAJLIS BELIA MALAYSIA

PM lancarkan konvoi OPS BANJIR

Kuala Lumpur, 6 Disember 2013 – Prihatin dengan nasib mangsa bencana banjir yang berlaku di Pahang dan Terengganu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) dan PEMUDA UMNO telah menubuhkan pasukan konvoi khas yang akan membawa bekalan makanan, ubat ubatan serta keperluan harian yang dianggotai oleh sukarelawan belia dan Ksatria Muda. Pasukan ini dilengkapi dengan kenderaan 4×4 bagi memastikan mangsa banjir yang berada di kawasan yang sukar dimasuki kenderaan biasa dapat diberi bantuan sewajarnya.Konvoi ini telah dilancarkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri sejurus  selesai solat Jumaat di perkarangan Aras 4, PWTC.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »