PUTRAJAYA| 23 Januari – Sdr. Hasnul Haniff Harun Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah bersama Presiden Majlis Belia Orang Asli Malaysia Sdr. Clive Allen Williams Hunt mengadakan pertemuan tersebut. Pertemuan itu diadakan di menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pertemuan membincangkan mengenai Majlis Belia Orang Asli Malaysia yang merupakan pertubuhan baharu dibawah MBM. Majlis Belia Orang Asli Malaysia ditubuhan bagi mengangkat suara dan hak golong belia orang asli. Selain itu, organisasi tersebut merupakan salah satu ruang yang baik untuk mereka mempelajari ilmu mengurus serta memimpin.
