MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perpaduan agenda MBM

Thursday, 25 March 2010

Active Image
Kuala Lumpur, 24 Mac 2010 – Kekuatan sesebuah negara adalah bergantung kepada beberapa faktor penting antaranya perpaduan di kalangan rakyatnya. Sesebuah negara akan jatuh sekiranya mempunyai rakyat yang saling mempunyai syak wasangka antara satu sama lain. Oleh itu, bagi menguatkan lagi perpaduan rakyat terutamanya golongan belia, Majlis Belia Malaysia (MBM)  merancang untuk menggerakkan seluruh badan gabungannya untuk menjalankan program hingga ke akar umbi. Bagi mendapatkan nasihat serta pandangan mengenai program ini, seramai 12 orang Exco MBM yang diketuai sendiri oleh Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM telah mengadakan pertemuan dengan Y.B. Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Bangunan Parlimen. Pertemuan  yang berlangsung lebih dari sejam ini turut membincangkan beberapa program lain yang boleh diadakan bersama.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »