MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perkongsian Pintar MBM-PDRM

Bukit Aman, 12 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerusi Jawatankuasa Pembangunan Manusia, Gejala Sosial dan Dadah (JPMGSD) telah mengadakan Majlis Kunjung Hormat kepada Polis Di Raja Malaysia (PDRM) melalui pertemuan bersama Pengarah Jabatan Pengurusan, Dato’ Seri Mohamad Fuzi bin Harun.

Tujuan kunjung hormat ini diadakan bagi membincangkan beberapa isu sosial yang kerap melanda remaja, merangkap peratus besar golongan belia bermasalah terutamanya dalam kes jenayah. Harapan Presiden MBM, Sdr Mohamed Maliki supaya dapat diadakan program kerjasama antara MBM dan PDRM dalam membendung masalah sosial di Negara kita. Presiden MBM juga berharap agar golongan remaja ini diberi peluang kedua malah dengan kerjasama yang dibina akan dapat membentuk mereka ke arah yang lebih cemerlang demi masa depan negara.

Pertemuan ini turut dihadiri oleh Sdr Mohamad Rizan Hasan dan Sdr Jonathan Jesudas selaku exco MBM, wakil Sekretariat 1B1K serta wakil industri yang bekerjasama di bawah 1B1K. PDRM telah diwakili oleh Timbalan Pengarah Pengurusan (Latihan) Dato’ Shabudin bin Abdul Wahab dan Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Dato’ Abdul Ghafar bin Rajab.

Kunjung Hormat MBM kepada PDRM
Kunjung Hormat MBM kepada PDRM

Sesi bincang1 sign

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »