MAJLIS BELIA MALAYSIA

Perkampungan Warna Warni terus tempa kejayaan

Festival Belia Putrajaya 2014 sekali lagi wujudnya satu segmen yang diberi nama Segmen Perkampungan Warna Warni 2014. Selepas kejayaan penganjuran pada Festival Belia Putrajaya 2013 melalui persembahan yang sangat menarik dan menarik minat ramai pengunjung untuk menyaksikan persembahan yang dihidangkan. Pada tahun lepas, Segmen Perkampungan Warna-warni hanya berkonsepkan persembahan pentas yang melibtakn dari pelbagai kaum di mana mempersembahkan seni budaya seperti tarian cina, pergendangan , seni pertahanan diri seperti wushu, kungfu dan lain-lain di mana ia mewakili seni budaya dari cina. Bagi kaum India pula seperti tarian tradisional India, seni pertahanan diri seperti silambam dan lain-lain. Bagi kaum Melayu pula mempersembahkan tarian tradisional Melayu seperti zapin, kuda kepang dan lain-lain manakala seni pertahanan diri seperti silat.

IMG-20140529-WA0090

Pada tahun ini Segmen Perkampungan Warna-Warni telah menukar cara penyampaian atau persembahan di mana persembahannya adalah melalui acara pertandingan tetapi konsep tetap sama iaitu mengenai budaya seni di negara kita. Acara yang dipertandingkan adalah pantun, pergendangan 1 Malaysia, dikir barat dan sketsa pendek. Acara yang dipertandingkan perlu mengikut tema yang telah ditetapkan iaitu “Dari Belia Untuk Belia: Belia Cakna Warisan”. Acara yang dipertandingkan disertai oleh wakil dari setiap negeri di mana diselia oleh Badan Gabungan Negeri di bawah Majlis Belia Malaysia. Setiap acara telah mendapat sokongan dan penyertaan yang amat memberangsangkan dari setiap badan gabungan negeri.

Pertandingan ini dijalankan sepanjang sambutan Festival Belia Putrajaya 2014 di mana pantun pada hari jumaat, sketsa pendek dan pergendangan pada hari sabtu dan dikir barat pada hari ahad. Bagi pertandingan pantun, negeri yang telah menjuarai acara ini adalah dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diikuti tempat kedua digondol oleh Pahang Darul Makmur dan tempat ketiga jatuh kepada negeri Johor Darul Takzim. Bagi acara Gendang 1 Malaysia pula, johan telah dimenangi oleh Perak, tempat kedua oleh Selangor dan tempat ketiga jatuh kepada negeri Johor. Acara ini juga ada diperuntukan hadiah khas juri di mana ia dimenangi oleh Negeri Sembilan dan persembahan terbaik telah digondol oleh Saudara Raziman Azizan dari Perak. Bagi pertandingan Dikir Barat pula telah dimenangi oleh Kumpulan dari Kuala Lumpur diikuti tempat kedua oleh Kelantan dan tempat ketiga dimenangi oleh Negeri Sembilan. Acara dikir barat juga ada segmen anugerah khas iaitu tok jogho terbaik dan tukang karut terbaik di mana tok jogho terbaik dirangkul oleh Kelantan dan tukang karut terbaik dirangkul oleh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Segmen Perkampungan Warna-Warni turut diselitkan dengan beberapa persembahan kebudayaan seperti, persembahan “tarian sewang” dari Majlis Belia Orang Asli, persembahan teater oleh BATEK, persembahan pergendangan dari kumpulan pergendangan PERKUSIGATRA dan persembahan dikir barat dari Akademi Arjuna Sukma. Segmen Perkampungan Warna-warni telah berakhir pada hari Ahad malam di mana penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Jamil Salleh.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »