7 Disember 2013
Sebanyak 100 bungkus beras seberat 3kg diberikan kepada Abu Bakar bagi tujuan menyediakan makanan kepada masyarakat Islam di Hagnaya. Untuk makluman, pada setiap hari Abu Bakar menyediakan makanan secara percuma kepada masyarakat sekitar khususnya selepas Solat Zuhor dan Maghrib. Pendekatan ini digunakan bagi mendekatkan masyarakat sini dengan islam agar tidak kembali ke agama asal.
Sebelum Abu Bakar meninggalkan kami, para Sukarelawan MBM di bawa menziarahi rumah mereka yang beragama Islam di sekitar Masjid Cebu Madinah dengan membawa barangan sumbangan yang di sediakan untuk mereka.
Kami bermain dan mengawal emosi tatkala menziarahi rumah-rumah berkenaan. Tiada apa yang dapat kami kongsikan disini, biarlah gambar di bawah berbicara.