MAJLIS BELIA MALAYSIA

Penubuhan Majlis Belia Bahagian Sabah Perkukuh Gerakan Belia Akar Umbi

KUNDASANG 8 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan tahniah kepada Majlis Belia Sabah (MBS) atas kejayaan merealisasikan penubuhan dan pendaftaran Majlis Belia Bahagian-Bahagian Negeri Sabah, yang menjadi langkah penting dalam memperkukuh struktur gerakan belia di peringkat akar umbi.

Perkembangan bersejarah itu disaksikan menerusi Program Santuni Pertubuhan Belia – Borak Santai Bersama YB Dr. Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan, di Pusat Latihan Kenegaraan Kundasang.

Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun hadir mewakili Presiden MBM serta turut menyantuni kepimpinan dan penggerak belia Sabah.

MBM menyifatkan penubuhan Majlis Belia Bahagian sebagai perkembangan signifikan dalam membina ekosistem gerakan belia yang lebih tersusun, bersepadu dan dekat dengan komuniti, selain membuka ruang lebih luas kepada penyertaan dan kepimpinan belia di seluruh Sabah.

Usaha ini juga mencerminkan kesinambungan perjuangan kepimpinan MBS sejak sekian lama dengan sokongan pelbagai pihak, khususnya Kementerian Belia dan Sukan.

MBM berharap penubuhan ini menjadi asas kepada pengukuhan struktur Majlis Belia sehingga ke peringkat daerah, sekali gus memperkasa suara, peranan dan pembangunan belia di seluruh Sabah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »