GUA MUSANG 8 Feb. – Kira-kira 15 tahun lalu, Kampung Limau Kasturi, yang terletak di pedalaman daerah ini menjadi perhatian ramai selepas dijadikan lokasi penggambaran drama Cikgu Limau Kasturi yang dibintangi oleh Harun Salim Bachik.
Terletak 40 kilometer dari bandar Gua Musang dan kereta api menjadi pengangkutan utama penduduk, Kampung Limau Kasturi merupakan kawasan yang masih terjejas teruk akibat bencana banjir akhir Disember lalu.
Tinjauan Utusan Malaysia di kampung berkenaan hari ini mendapati kemusnahan teruk akibat bah dapat dilihat dengan jelas apabila deretan rumah penduduk ranap dan keadaan sekeliling yang masih berdebu.
Berikutan itu, tinjauan mendapati sebuah kereta api empat gerabak yang tersadai di Stesen Kereta Api Limau Kasturi menjadi saksi kepada kejadian itu apabila kini hanya sebagai tempat kanak-kanak bermain.
“Bencana banjir hujung tahun lalu merupakan kejadian terburuk kerana kebanyakan penduduk kampung menggunakan kereta api sebagai pengangkutan untuk ke bandar Gua Musang.
Sementara itu, seorang warga emas, Zainab Ahmad, 80, yang lumpuh tidak dapat menahan kesedihan apabila mengingati bencana itu yang turut digelar sebagai bah kuning.
“Suatu ketika dahulu kampung ini pernah popular apabila menjadi tempat penggambaran drama berkenaan kisah seorang guru itu namun kini segalanya berubah apabila kampung ini seperti dilanda tsunami yang mengakibatkan kemusnahan teruk,” katanya.
“Selain tinggal di dalam khemah yang disediakan, terdapat juga penduduk yang mengambil risiko duduk di rumah yang tidak kukuh dan menunggu masa untuk roboh,” katanya.
– See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/penduduk-kampung-limau-kasturi-mahu-kediaman-selesa-1.57574#sthash.IF5xY5Ep.dpuf