MAJLIS BELIA MALAYSIA

Prebiu pembukaan Pusat Sumber MBM

Kuala Lumpur, 15 April 2015 – Majlis prebiu Pusat Sumber Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diadakan dengan jayanya. Majlis yang lebih merupakan pengenalan kepada Pusat Sumber MBM yang baru ini telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup serta barisan Exco MBM yang lain antaranya  Sdr. Khairul Annuar Mansor, Sdr. Jufitri Joha, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Sdr. Ahmad Daniar Ismail, Sdri. Intandiana Jalil serta wakil MBWP Sdr. Hamizi Mat Juah. Majlis ringkas ini turut dimeriahkan dengan kehadiran belia daripada Majlis Belia Labuan yang kebetulan melakukan kunjung hormat di pejabat MBM.

Pusat Sumber Majlis Belia Malaysia (MBM) merupakan unit dokumentasi dibawah unit Arkib dan Sumber MBM yang berperanan sebagai pusat rujukan yang menjalankan aktiviti perolehan, pengdokumentasian, pengantaraan dan pengkosian maklumat. Ia dibuka kepada pengunjung pada setiap hari berkerja bermula jam 9 pagi hingga 4.30 petang.

IMG_7637 IMG_7655 IMG_7653 IMG_7650

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »