MAJLIS BELIA MALAYSIA

Pelancaran Sayembara Puisi 2011 gamat

Putrajaya, 7 April 2011 – Lobi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia gamat dengan kehadiran penyanyi rock dan puisi tersohor iaitu Ramli Sharip yang telah menyampai tiga buah lagu puisi sempena dengan Pelancaran Pertandingan Sayembara Penulisan Dalam Talian. Pertandingan ini diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Belia Negara 2011 yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri pada Mei nanti.

Pertandingan ini dikelolakan oleh Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) dan ianya telah  disempurnakan oleh YB. Menteri Belia dan Sukan dan disaksikan bersama oleh Timbalan Presiden MBM, Pengarah Jabatan Pembinaan dan Sastera DBP, KSU KBS, TKSU KBS, SUA MBM serta warga kerja KBS, warga DBP dan pemimpin belia.

Maklumat pertandingan boleh dilayari di www.belia2011.org atau www.sayembara.net

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »