Kuala Lumpur 28 Feb – YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia telah menerima kanvas belia TN50 yang mengandungi aspirasi dan idea golongan belia. Tema aspirasi adalah global, saksama, bersatu padu, mapan, bertanggungjawab dan prihatin. Penyerahan Kanvas TN50 ini telah diadakan di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada pukul 9.00 malam sehingga 10.30 malam.
Presiden MBM Tuan Hj, Mua’amar Ghadafi Jamal yang juga Duta TN50 diberikan peluang bersama-sama di atas pentas menyampaikan aspirasi TN50 hasil dari Siri Jelajah TN50 di seluruh negara.
MBM dihadiri oleh pimpinan tertinggi MBM, barisan exco-exco MBM, sidang dewan tertinggi MBM dan badan-badan gabungan MBM.