Kuala Lumpur, Sabtu, 20 Jun 2015, 3 petang – Memperkukuh fungsi MBM dalam menangani isu dan menghasilkan idea-idea baru dan segar. Itulah fungsi Panel Pemikir Muda MiB atau Think do Tank MiB yang dibincangkan dalam persidangan meja bulat Penubuhan Kumpulan Pemikir MiB -Akademi Belia telah diadakan di Global Movement of Moderates Foundation.
Turut hadir adalah Presiden MBM, Setiausaha Agung, Prof Madya Dr. Haslinda Abdullah bagi pihak akademik, majlis Belia Selangor, ABIM, ahli -ahli Pemikir dan JK Pendidikan Tetap MBM, para penggerak kemanusiaan dan penggerak belia.
Antara perkara yang dibincangkan adalah dokongan dari rakan-rakan yang hadir bagi menggerakkan fungsi kumpulan Think do Tank, pergerakan dan fokus panel ini dan kepentingan gerakan melalui jaringan bagi membantu soal-soal teknikal.
Diharapkan dengan penubuhan panel pemikir ini dapat memperkukuh suara belia secara bebas dan didokongi dengan fakta dan keperluan yang jelas.