
Najib tonton final Liga Juara-Juara di Putrajaya
Oleh Azrina Ahzan
bhsukan@bharian.com.my
2011/05/25
Perlawanan membabitkan gergasi Inggeris dan Sepanyol itu akan disaksikan menerusi skrin gergasi di Persiaran Perdana bermula sekitar jam 2 pagi Ahad.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek , berkata acara itu adalah antara tarikan pada program himpunan kali ini.
Pada Disember lalu, Najib turut mengambil peluang menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala AFF Suzuki antara Malaysia dan Vietnam menerusi skrin gergasi disediakan di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ahmad Shabery berkata, selain menyaksikan perlawanan akhir itu, Najib juga dijangka menyaksikan persembahan konsert terbuka kumpulan K-Pop terkenal dari Korea Selatan, Super Junior, di pentas utama dan mengadakan tinjauan mesra di sekitar lokasi sambutan himpunan yang bertemakan Belia Pemangkin Tranformasi itu.