Seramai 160 orang sukarelawan Sahabat MBN Negeri Sembilan dengan kerjasama Biro Tatanegara (BTN) dan MBN Pahang telah bergerak ke Temerloh, Pahang pada 7 Januari 2015. Kumpulan misi ini akan bergerak ke Lenggong dan Sungai Siput, Perak selepas misi membersih di Pahang selesai. Misi dijangkan tamat pada 9 Januari 2015.
Misi kali ini mendapat kerjasama dari BTN yang menyediakan kemudahan pengangkutan dan penginapan, manakala Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) telah menggerakkan 2 buah lori bersama 4 orang pegawai untuk membantu kumpulan misi ini.
Turut rerlibat sebagai sukarelawan ialah ahli Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan alumni Mahasiswa Turun Padang (MANTAP).