Kuala Terengganu, 6 September 2015 – Komuniti Sukarelawan Belia 1Malaysia (MyVOC) mengadakan program bersempena Hari Wanita di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi menghargai peranan dan pengorbanan wanita dalam menjaga, mendidik dan membesarkan anak. Program yang diketuai oleh Pn Asfalinda Anuar, Naib Presiden MBM ini bertujuan meraikan 400 pesakit wanita termasuk kanak-kanak.
Antara pengisian program ialah Ziarah Kasih #sehatisejiwa dan Raikan Kanak-kanak #mudaceria dengan melawat pesakit wanita dan kanak-kanak disamping menyerahkan sumbangan kit penjagaan diri, tuala kepada wanita dan buku kepada kanak-kanak. Kanak-kanak turut dihiburkan dengan kehadiran badut.
Program ini juga yang turut dihadiri oleh Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Sdr. Zaidi Muda bertujuan menceria dan meraikan ibu yang mungkin penat menjaga anak-anak dan mungkin berasa tertekan dengan keadaan anak masing-masing. Secara tidak langsung, kehadiran sukarelawan MyVOC dapat menggembirakan hati warga hospital.
Seramai 30 orang sukarelawan beliawanis telah terlibat dalam program ini.