Putrajaya, 11 september 2015 – Berikutan masalah jerebu yang semakin teruk melanda negara ini, Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) meneruskan misi kesukarelaan ke Sekolah Kebangsaan Presint 8 (1) bagi mengedar topeng muka kepada 1000 orang murid sekolah tersebut sebagai langkah pecegahan daripada penyakit bawaan jerebu.
Misi pada hari ini diketuai oleh Sdr Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM bersama 10 orang sukarelawan MyVOC. Turut hadir adalah Sdr Norazli Daud, Pengarah Bahagian Pengurusan Acara JBSN KBS.