24 September 2015 : Penduduk Kg Orang Asli Kachau Dalam, Ulu Semenyih terharu mendapat perhatian dan sentuhan Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC).
Tok Batin Zainal Bin Kidong mewakili 200 orang penduduk yang mengandungi 44 orang keluarga dalam ucapan beliau dalam majlis penyerahan daging sembelihan Program Kesukarelaan Qurban Perdana MyVOC.
Program julung kali ini, dijalankan bersama oleh Persatuan belia Masjid Selangor dan Persatuan Amal Firdausi (Pafi) bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Kemajuan Ehwal Orang Asli (JAKOA) serta penduduk sekitar.
Setiausaha Agung MBM Sdr Ahmad Saparudin Yusup hadir bersama para sukarelawan belia diketuai oleh Sdr Alif melakukan aktiviti penyembelihan seterusnya melapah dan aktiviti memasak sebahagian daging sembelihan .
Program ini turut bermakna kerana turut dihadiri oleh golongan belia orang asli setampat yang memberikan mereka pendedahan kepada proses penyembelih mengikut syarak serta kerja melapah haiwan sembelihan.
Ahmad Saparudin Yusup dalam ucapannya mengucapkan terima kasih atas sambutan penduduk setempat. Beliau juga mengalu-alukan program susulan terutamanya dalam pembangunan golongan belia orang asli dijalankan bersama.
Seramai 15 orang sukarelawan belia terlibat dalam program ini yang dimulai selepas selesai solat sunat Aidiladha.