30 Disember 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) masih meneruskan saluran bantuan melalui Misi Belia Prihatin MBM-KBS serentak ke negeri Kelantan dan Pahang. Misi yang masuk hari ketujuh ini diketuai oleh Sdr. Mohammed Maliki Mohammed Rapiee, Presiden MBM bersama Naib Presiden MBM, Puan Wan Salwati Hj Abdullah serta Sdr. Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM selain sukarelawan Sahabat MBM.
Konvoi misi di Kelantan ini bermula di Pusat Pengumpulan Banjir di USM Kubang Kerian untuk kerja-kerja pembahagian barangan keperluan mengikut keperluan di kawasan yang akan disinggahi konvoi ini. Konvoi dibantu oleh Sdr nazri (GB4B Gua Musang) telah singgah di Kampung Pasir, Manik Urai untuk melihat dan mengenalpasti keperluan mangsa-mangsa terjejas selain mendekati dan mendengar luahan hati mangsa yang dikategorikan dalam kawasan total lost. Laluan-laluan ke kampung-kampung yg terjejas teruk telah dibuka kepada kenderaan bermula 30 November 2014.
Sumber: Bilik Gerakan Banjir MBM