Kuala Krai – Sabtu , 4 hb Julai 2015. Nasib malang mangsa bencana banjir di Kelantan baru-baru ini turut mendapat perhatian Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan kumpulan FGIS (Friendship Group For Inter-religious Services) bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) serta Majlis Belia Negeri Kelantan (MBNK). Program sehari ini yang disertai oleh 50 orang termasuk Exco MBM, Sdr. Hasnul Haniff dan Sdr. Thai Ming Yeow telah menyampaikan sumbangan berbentuk kewangan (duit raya), periuk nasi dan beras kepada mangsa-mangsa pasca banjir di tiga lokasi iaitu Kg Keluat (menaiki bot), lokasi kedua Kg Tualang-Perkampungan MERCY dan lokasi ketiga Kg Pahi. Kumpulan ini juga turut menjalankan beberapa aktiviti seperti mengecat rumah mangsa serta menjalankan kerja-kerja pembersihan.