MAJLIS BELIA MALAYSIA

Misi Bantuan MBFM Prihatin

3 Jan 2015 –  Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Wilayah Segamat, Johor telah menggerakkan Konvoi Prihatin Segamat-Jengka bagi membantu mengagihkan barangan bantuan kemanusiaan dengan melibatkan 36 sukarelawan, sebuah lori dan sebelas pacuan 4 roda.

Konvoi dimulai dengan perlepasan yang disempurnakan oleh Presiden MBFM, Anuar Manap yang seterusnya bertolak pada jam 10 pagi bermula dari Felda Maokil 2, Pagoh.

Destinasi konvoi ini adalah ke Felda Jengka 8, Pahang.

MBFM Wilayah Segamat bekerjasama dengan Pejabat Pengurusan Felda Wilayah Segamat, Seranta Felda Jabatan Perdana Menteri (JPM) Wilayah Segamat, JKKR Wilayah Segamat, Kelab Ford Ranger T6 Segamat dan Biro Hal Ehwal Luar Bandar (HELB) Pemuda UMNO di bawah pimpinan Anuar sendiri.

Konvoi murni ini juga akan meneruskan jelajahnya ke Temerloh dan Jerantut, Pahang bagi menghulurkan bantuan kepada magsa-mangsa banjir.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »