MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Sinergi Pembangunan Belia Negeri Perak bincang kepentingan belia Perak

Ipoh, 25 Feb 2015 -Alhamdulillah, sebentar tadi beberapa keputusan telah kita capai sewaktu Mesyuarat Sinergi Pembangunan Belia Negeri Perak yang di pengerusikan oleh YB Datuk Shahrul EXCO BESCOM kita, Antara yang diputuskan dalam Mesyuarat tadi:

1. Ladang Belia: Persetujuan telah dicapai 10 ekar tanah Ladang Belia di setiap Daerah Kecil dan Besar. Mohon semua Pengerusi MBD follow up dengan Tuan DO di Daerah masing2.
2. Perumahan: Penetapan Kuota 40 peratus kepada Golongan Belia bagi Perumahan yang diusahakan oleh Kerajaan Negeri. Dan kuota 40 peratus Rumah Transit Belia di Daerah terpilih.
3. Up Town Belia Amanjaya: MBI secara prinsipnya telah bersetuju utk adakan bersama. Akan diadakan pertemuan bagi persetujuan bersama.
4. Skim Mikrokredit Amanjaya Belia: di bawah YBU akan di re-brand agar dilihat lebih mesra Belia.
Terima kasih YB Datuk Shahrul atas keprihatinan dan komitmen YB Datuk dalam perjuangan Belia ini. Nampak sudah terang lagi bersuluh YB Datuk sememangnya pejuang Belia yang terbaik. Nampak jelas YB Datuk sayang dan amat prihatin atas permasalahan kita.

image

image

image

image

image

image

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »