MAJLIS BELIA MALAYSIA

Menyemai semangat perpaduan melalui aktiviti kecergasan

Kuala Lipis, 5 September 2015 – Bagi menyemai semangat perpaduan di kalangan seluruh lapisan masyarakat, Pejabat Kesihatan Daerah Lipis dengan kerjasama Gerakan Belia 4B Malaysia telah menganjurkan program Larian Perpaduan Sehati Sejiwa sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-58. Program larian yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Ibrahim  Kuala Lipis ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lipis, YB Dato Hj Abdul Rahman Mohamad dan disertai oleh 1500 orang peserta.

Program larian sejauh 8 KM ini dilihat dapat membina gaya hidup sihat di kalangan belia dan masyarakat selain dapat menjadikan aktiviti kecergasan sebagai wahana penyatuan masyarakat. Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha bagi menyemai patriotisme di kalangan masyarakat sempena bulan kemerdekaan ini. Program ini turut medapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »