MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memperingati Setahun MoU MBM & UYFC

Kuala Lumpur, 1 MAC 2016 – Majlis Belia Malaysia (MBM) yang baru sahaja selesai Majlis Perhimpunan Agung Tahunan Kali ke-65 lebih kurang seminggu lalu telah menerima lawatan rasmi yang pertama untuk sesi kali ini daripada rakan strategik serantau, Union of Youth Federations of Cambodia (UYFC) sempena memperingati setahun memorandum persefahaman (MoU) antatara MBM dan UYFC.

Presiden UYFC, Sdr. Hun Many yang mengetuai lawatan rasmi tersebut mengatakan hasrat untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat bersama MBM dalam program-program akan datang. Beliau turut berkongsi rasa bangga dengan apa yang UYFC kecapi hari ini sehingga dapat memperluaskan jaringan mereka. Disamping itu, beliau turut mengulas mengenai penglibatan mereka di peringkat antarabangsa.

“Kita bukan sahaja perlu untuk memahami agenda antarabangsa, tetapi kita juga perlu menyesuaikan agenda tersebut ke dalam budaya kita”. Jelasnya pada sesi lawatan tersebut.

Setiausaha Agung Asian Youth Council (AYC), Sdr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee yang turut bersama-sama dalam lawatan tersebut sempat berkongsi pandangan dan hasrat dalam menemukan Presiden UYFC bersama barisan kepimpinan MBM.

“Ianya umpama impian menjadi kenyataan dalam usaha menemukan dua organisasi belia serantau yang besar dalam mengeratkan hubungan kerjasama. Saya berharap dengan kerjasama ini, MBM dan UYFC dapat membantu AYC dalam melahirkan lebih ramai pemimpin muda untuk digilap di masa akan datang.” Kata beliau.

MBM dalam menerima lawatan tersebut diketuai oleh Setiausaha Agung, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Bendahari MBM, Sdr. Karnan a/l Pandurangan serta Exco MBM, Sdr. Mohd Nor Nari, Sdr. Choo Chung Tiong dan Sdr. Thai Ming Yeow.

MBM_0094 MBM_0047 MBM_0026 MBM_0012 MBM_9913 MBM_9949 MBM_9975 MBM_9993 MBM_9889 MBM_9841 MBM_9835 MBM_9841

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »