Sedih dan memilukan….Kisah kali ini sama sekali tidak disangka oleh pasukan sukarelawan yang datang membantu mangsa-mangsa banjir di Kuantan Pahang. Apa yang bakal dikongsikan kali ini bakal menyentap perasaan kita sebagai manusia. Tergamaknya anak-anak yang dibesarkan beliau mengabaikan ibu yang uzur ini mengharungi bencana banjir tanpa sebarang bantuan.
Apa pun, sekalung tahniah dan terima kasih kepada semua sukarelawan belia yang menjayakan misi bantuan pasca bencana untuk mangsa banjir. Terima kasih juga kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang kerana menganjurkan program yang memberi banyak manfaat kepada rakyat. Terima kasih juga kerana melibatkan BB dalam misi kali ini.