Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili oleh Setiausaha Agung, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup menyertai satu Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputra (MEB) yang bertempat di Bangunan Perdana Putra, di sini, semalam. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Razak itu membincangkan inisiatif dan program untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.
MBM dalam peranannya dalam menjana ekonomi golongan belia negara ini sememangnya telah merangka pelbagai program melalui Jawatankuasa Industri, Ekonomi dan Keusahawanan. Timbalan Pengerusi jawatankuasa tersebut, Mohd Nor Mohd Nari turut hadir ke mesyuarat tersebut.