Sri Hartamas | 24 September – Telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Gmat Sdn Bhd bersama Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Pejabatnya Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
MoU tersebut telah ditandatangani oleh Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Encik Marimutu, CEO Gmat Sdn Bhd.
Turut hadir menyaksikan MoU tersebut Dato Syed Osman, Naib Presiden merangkap Pengerusi Jawtankuasa Perindustrian, Keusahawanan dan Ekonomi MBM.
Kerjasama MBM bersama Gmat Sdn Bhd ini merangkumi pendedahan kepada golongan belia tentang kepentingan menyediakan perlindungan diri seperti Insurans Rahmah melalui sistem dalam talian yang disediakan oleh pihak Gmat.
Melalui inisiatifnya iaitu Gmat.com.my telah menawarkan platform perbandingan insurans dalam talian dengan pelbagai syarikat insurans / takaful dan produk seperti perlindungan diri, kenderaan serta pelbagai lagi.
Dengan adanya platform ini, ia memudahkan pengguna memilih dan membeli insurans / takaful dalam masa dua minit sahaja.


