Misi yang bermula pada 5 Januari 2015 telah bergerak untuk menghantar sumbangan pakaian sekolah dan keperluan harian kepada penduduk di daerah Temerloh, Pahang sebelum bergerak ke Tumpat dan Kuala Krai, Kelantan. Dengan kerjasama yang dihulurkan Majlis Belia Kelantan, semua sumbangan akan diagihkan kepada keluarga-keluarga yang memerlukan.
Misi ini diketuai oleh Sdr Mohd Zaidi Aziz, Setiausaha Agung MBM bersama 15 orang sukarelawan dan pegawai KBS.