Majlis Belia Malaysia (MBM) merasa bertanggungjawab dalam meringankan beban perlarian Rohingya yang berada Malaysia semenjak konflik di Myanmar kian meruncing. Misi ini telah diketuai oleh Ketua Penerangan MBM, Saudara Rizan Hassan bersama Exco MBM, saudara Hasnul Hanif Harun.
MBM bersama-sama badan gabungannya telah mengumpulkan sumbangan tunai dan barangan keperluan asas seperti lampin pakai buang bayi, susu bayi, tuala wanita, sabun mandi, air mineral dan lain-lain.
Sumbangan ini telah dihantar dan diserahkan di Pusat Pengumpulan di Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Anak Bukit, Kedah Darul Aman. Antara yang turut serta bersama-sama ketika sesi penyerahan adalah saudara Lim Swee Bok, Timbalan Pengerusi Tetap MBM merangkap Presiden Majlis Belia Pulau Pinang, saudara Aizad Roslan, Presiden Majlis Belia Kedah merangkap exco MBM, saudara Saiful Munir Bidin, Presiden Majlis Belia Perlis dan saudara Hamdan Jamil, Timbalan Presiden Negeri Kedah.
MBM telah diberi peluang untuk berjumpa dengan Pengarah Imigresen Negeri Kedah, Encik Yusri Hashim bagi membincangkan program dan aktiviti yang sesuai di jalankan di depot tahanan. Antara program yang dirancang adalah seperti gotong rotong membersihkan pusat tahanan, program bersama kanak-kanak Rohingya dan pemeriksaan kesihatan. MBM juga turut diberi kebenaran dan peluang untuk melawat Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik Kedah.