Sepang: Majlis Belia Malaysia (MBM) melancarkan kempen ‘Youth Pray for MH370’ dengan memberikan 500 bunga ros terutama kepada kakitangan Malaysia Airlines (MAS) dan agensi berkaitan yang bertugas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, sebentar tadi.
Selain tanda sokongan dengan usaha kerajaan dan pihak berkaitan yang sedang bertungkus lumus mengesan pesawat itu, pemberian bunga berkenaan dianggap sebagai simbolik harapan, kasih sayang dan kebersamaan pihak berkenaan mengenai insiden terbabit.
Kira-kira 60 belia lelaki dan perempuan berusia belasan tahun turut menyertai kempen itu yang turut menyerahkan bunga kepada pengunjung dan penumpang di kawasan berkenaan.