MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM rai anak yatim di Rumah Terbuka MBM

Cheras 22 Ogos 2013 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Rumah Terbuka Aidilfitri bertempat di Tempat Parkir Kereta Taman Tasik Permaisuri bermula jam 3.00 petang hingga jam 7.00 malam. Kira-kira 20 ribu tetamu hadir memeriahkan majlis rumah terbuka ini yang turut dihadiri oleh beberapa menteri kabinet, ahli-ahli Badan Gabungan MBM, mantan pemimpin belia dan penduduk sekitar Cheras. Antara yang hadir ialah YB Tuan Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan Malaysia dan YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri .

Acara ini turut dimeriahkan dengan persembahan pentas dan acara pemberian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir. Turut diraikan pada majlis ini adalah anak-anak yatim dari beberapa rumah kebajikan Tetamu yang hadir disajikan dengan pelbagai juadah yang menyelerakan seperti lemang, kambing golek, ketupat, satay, kuih-muih, aiskrim dan lain-lain lagi.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »