Sabah 27 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Majlis Belia Sabah (MBS) dengan kerjasama Pertubuhan Belia Akar Umbi Sabah (PELITA), Grup 4X4 East Coast Sabah, Pengakap Klana Zon 1 Tawau dan sukarelawan tempatan bersama menyerahkan bantuan kepada mangsa kebakaran di Kg Titingan Tawau Sabah.
MBM diketuai oleh Sdr Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM, Sdr Azwan Marjan Timbalan Presiden MBS dan juga Exco MBM yang turut hadir menyerahkan bantuan kepada hampir 300 mangsa .
Hadir sama Sdr. Tajudin selaku Timbalan Presiden Belia PELITA, Sdr. Alex Bin Dennis Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau selaku Ketua Sukarelawan di sini
Kebakaran berlaku pada 13 April 2016 ini memusnahkan rumah penduduk setempat dengan pantas.