MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM jayakan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2.0 Wilayah Tengah

PETALING 27 Okt – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM (MFREN) telah menjayakan pelaksanaan Showcase Satu Daerah Satu Industri (SDSI) 2.0 Wilayah Tengah anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berlangsung selama 3 hari di Perkarangan Kompleks Pejabat Kerajaan Daerah Petaling.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Ramanan Ramakrishnan.

Turut diadakan Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan sempena sambutan Deepavali.

Program ini diwujudkan bagi meluaskan rantaian perniagaan, perkhidmatan dan pemasaran produk yang strategik khusus untuk usahawan.

Sebagai rakan strategik, Majlis Belia Malaysia (MBM) terlibat menjayakan beberapa pengisian acara seperti pameran; persembahan tarian kebudayaan dan buskers serta podcast ‘Sembang CEO Muda’.

Sesi podcast menampilkan Sdr. Zulrazmi Nazari, seorang usahawan muda dan Sdr. Zikrul Afwan aka @Wan Pendang sebagai moderator.

Antara yang dikongsikan adalah mengenai cabaran dalam perniagaan, peluang dan bantuan kerajaan dalam perniagaan, sekuriti makanan dan sebagainya.

Podcast ini juga dikongsikan di media sosial MBM dan KUSKOP seperti pautan di bawah :

https://www.facebook.com/share/v/6YT9wHbxWH9gqXKc

Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed mengucapkan terima kasih kepada KUSKOP dan pegawai-pegawai terlibat atas ruang kerjasama ini.

MBM percaya banyak input dan pelajaran boleh didapati dari program ini khususnya belia-belia yang berminat dan baru berjinak dalam bidang perniagaan.

Beliau yang juga Pengerusi MFREN MBM berharap kolaborasi ini menjadi pemangkin kepada penglibatan belia dalam penganjuran program-program Kementerian selepas ini.

Turut hadir pada majlis perasmian Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, YB Mohd Najwan Halimi; Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Petaling, Sdr. Jamil Alias dan kepimpinannya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »