Alot Setar – 7 Julai 2013 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) kali ke-62 pada 6 dan 7 Julai 2013 di Hotel Holiday Villa Alor Setar,Kedah Darul Aman. Seramai 278 orang perwakilan hadir pada MPAT kali ini yang dirasmikan oleh YB. Aminuddin Bin Omar, Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Kedah merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan dan Warisan dan Pengerusi Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Majlis perasmian MPAT kali ini diwarnai dengan penyampaian Sijil Penghargaan Jasamu Dikenang dan Anugerah Pingat Bakti Belia Malaysia (P.B.B.M) kepada bekas Exco MBM. Majlis perasmian ini dilangsungkan di Dewan Seri Negeri Wisma Darul Aman, Alor Setar, Kedah Darul Aman.
Senarai calon-calon yang menerima Sijil Penghargaan Jasamu Dikenang adalah seperti berikut:
Ybhg. Dato’ Nasarudin Mahamud
Sdr. Azizuddin Ahmad
Sdr. Ku Ahmad Rosidi Ku Esa
Sdr. Ng Chin Long
Sdri. Noor Lina Mohd Yusuf
Sdr. Krishnan A/L Ramiah
Sdr. Ku Iskandar Ku Saad
Sdr. Khairolniezam Shaari
Sdr. Zamzuri Anuar Zakaria
Sdr. Azlan Mohd Lasim
Sdr. Khairul Annuar Mansor
Sdr. Rozamir Zulkifli
Manakala senarai calon-calon yang menerima Anugerah Pingat Bakti Belia Malaysia (P.B.B.M) adalah seperti berikut:
Sdr. S. Mannar A/L Mannan
Sdr. Nalliah A/L Vellasamy
Sdr. Seruandi Saad
Sdr. Ku Iskandar Ku Saad
Sdr. Ng Ching Long
Sdr. Wong Kok Ken
Puan Ngui Ing Ing
Sdr. Mohd Zaki Nuruddin@Nordin
Ybhg Datin Seri Hjh Zalillah Mohd Taib
Sdr. Che Rosli Hassan
Sdr. Khaidir Jamal