Jakarta | 10 April 2022 – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri jemputan daripada Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) di Indonesia dan KNPI di Malaysia dalam Majlis Silaturahim dan Santunan Anak Yatim Piatu. Program berlangsung di Grand Sahid Jaya, Jakarta Indonesia.
MBM diketuai oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Kunjungan tersebut diiringi Ketua BP KNPI di Malaysia Sdr. Tengku Adnan dan disambut oleh Ketua Umum DPP KNPI di Indonesia Sdr. Haris Pertama Sh serta barisan kepimpinan KNPI yang lain.