MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Hadir Perkukuh Suara Belia di Persidangan MPBN Selangor 2025-2026

SHAH ALAM 5 Okt – Majlis Belia Malaysia turut hadir pada Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Selangor (MPBN Selangor) Sidang II, Penggal Ke-35, Sesi 2025-2026 yang berlangsung di Dewan Pro-Canselor UNISEL, Shah Alam.

MBM diwakili oleh Naib Presiden MBM, Saudari Ng Chor Eng Jessy, yang hadir bagi mengikuti perbincangan dan pembentangan usul yang dibawa oleh pertubuhan belia di negeri ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor, Yang Berhormat Tuan Mohd Najwan bin Halimi, yang turut mempengerusikan persidangan.

Hadir sama, Presiden Majlis Belia Negeri Selangor, Yang Berbahagia Dato’ Mohd Imran bin Tamrin, yang menyampaikan ucapan aluan dan ucapan penggulungan.

Sepanjang persidangan, sesi dimulakan dengan pembentangan ringkasan usul, diikuti perbahasan usul serta maklum balas daripada jabatan dan agensi berkaitan.

MPBN berfungsi sebagai platform rasmi bagi belia menyuarakan aspirasi, cadangan dan isu semasa kepada pihak kerajaan, sekali gus memastikan suara belia diambil kira dalam penggubalan dasar dan program pembangunan belia.

Persidangan ditutup dengan ucapan penangguhan oleh EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Negeri Selangor.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »