Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Federation of Malaysian Skills Development Centre (FMSDC) mencapai kata sepakat untuk bersama membangunkan belia berkemahiran di seluruh negara dengan menjadikan pusat pembangunan kemahiran kerajaan di negeri-negeri sebagai rakan kerjasama Program 1Belia 1Kemahiran (1B1K)
FMSDC di tubuhkan pada 1999 dengan keanggotaannya terdiri daripada semua pusat pembangunan kemahiran negeri-negeri di Malaysia.
Untuk itu, satu memorandum persefahaman (MOU) antara MBM dan FMSDC akan di meterai sempena Majlis Perasmian Karnival & Ekspo Kemahiran Kebangsaan (KEKK) 2013 pada 27 September 2013 (Jumaat) jam 2.30 petang bertempat di MAEPS Serdang, Selangor.
KEKK2013 akan rasmikan oleh YB Datuk Richard Riot Anak Jaem, Menteri Sumber Manusia dan kemudian menyaksikan majlis mendatangani MOU antara MBM dengan FMSDC. MBM akan di wakili oleh Saudara Mohamed Maliki Mohamed Rapiee, Presiden MBM dan FMSDC akan diwakili oleh Wan Ismail Ibrahim, Pengerusi FMSDC.
Usaha kerjasama MBM dan FMSDC akan meliputi perkara berikut:
- Jalinan kerjasama antara MBM dengan pusat latihan kemahiran negeri-negeri milik kerajaan
- Peluang pendidikan teknikal dan vokasional kepada belia secara percuma bagi bidang berteknologi tinggi.
- Peluang buat golongan belia mendapat insentif latihan menerusi program-program:
– INSEP – Industrial Skills Enhancement Program
– WTTP – Workers Techmical Transformation Program
– SLIM – Skim Latihan Satu Malaysia
– GEMS – Graduation Employability Management Scheme
Selain itu, sebagai satu sokongan terhadap Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera: Fokus 1- Mendaya Modal Insan Bumiputera di mana MBM dan FMSDC akan membuka laluan seluasnya bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran dengan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.
Seterusnya membantu golongan graduan Bumiputera yang menganggur pula, kerjasama ini akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri. Untuk tujuan tersebut, program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia, Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah.
Info mengenai FMSDC: www.fmsdc.org.my