KUALA LUMPUR 19 Nov. – Majlis Belia Malaysia (MBM) akan mencalonkan Ahli Parlimen Tangga Batu, Datuk Idris Haron sebagai wakil Malaysia untuk bertanding merebut jawatan Presiden Perhimpunan Belia Sedunia (WAY).
Presidennya, Mohamad Maliki Mohamed Rapiee berkata, pencalonan itu merupakan keputusan sebulat suara MBM berikutan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam akan melepaskan jawatan tersebut yang disandangnya sejak 1993.
Menurut beliau, pencalonan akan dilakukan sempena Mesyuarat Agung WAY ke-15 yang bakal diadakan di Melaka pada 22 hingga 26 November ini.
“MBM dengan kepimpinan Presiden WAY ketika ini (Mohd. Ali) yang telah mengharumkan nama pergerakan belia.
“Di bawah kepimpinannya, beliau telah berjaya membawa WAY ke peringkat yang cemerlang dan membanggakan,’’ katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1120&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_08.htm&arc=hive