3 Jan 2015 – Seramai 40 orang sukarelawan sahabat MBM menyertai pasukan pasca banjir Misi Belia Prihatin MBM-KBS menjalankan gotong royong di Sekolah Kebangsaan Kg. Telang, Kuala Lipis, Pahang. Usaha ini telah mendapat kerjasama dari penduduk kampung sekitar memandangkan sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.