MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM bantu mangsa banjir

utusanperlis@utusan.com.my

KANGAR 8 Nov. – Majlis Belia Malaysia (MBM) menempatkan 100 orang sukarelawan bagi membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis mulai semalam.

Pada masa sama, MBM menyediakan kenderaan pacuan empat roda dan lori di kedua-dua negeri untuk menolong pasukan penyelamat menghulurkan bantuan segera kepada mangsa bencana alam itu.

Selain sukarelawan dan kenderaan, MBM juga menyumbang bantuan makanan, minuman dan peralatan penjagaan diri seperti sabun dan tuala wanita kepada mangsa banjir.

Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee menyerahkan sumbangan itu kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu di di Bilik Gerakan Banjir Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri di sini petang semalam.

“Setakat ini MBM menempatkan lebih 50 orang sukarelawan di Bilik Gerakan Banjir Perlis dan lebih 40 orang lagi bertugas di Jitra, Kedah bagi tujuan serupa.

“Sukarelawan terlibat akan melaksanakan tugas berpandukan gerak kerja yang disusun oleh urus setia bilik gerakan banjir kedua-dua negeri,” kata Mohamed Maliki kepada Utusan Malaysia di sini.

Semalam, Presiden MBM itu menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa buah pusat pemindahan termasuk di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintong, SK Pangau, Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Tebing Tinggi dan beberapa rumah perlindungan orang kurang upaya (OKU) yang ditenggelami banjir di sini.

“Kali ini MBM membantu mangsa banjir di Kedah dan Perlis. Ini merupakan aktiviti tahunan seperti bantuan yang kami beri ketika banjir di Johor,” ujarnya.

Sementara itu, Md. Isa memuji MBM yang menggerakkan golongan muda membantu mangsa-mangsa bencana alam itu

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »