Sepang, 10 Mac 2014 – Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan rendah hati bersama rakyat global berdoa agar usaha mencari pesawat milik Malaysia Airlines MH370 dipermudahkan. Sejajar dengan tujuan itu, MBM telah menjalankan kempen #youthpray4mh370 dengan mengedarkan 500 kuntum bunga mawar yang menjadi simbolik harapan belia di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Hotel Everly, Putrajaya.