MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mangsa banjir di Ulu Langat mendapat perhatian MBM

Ulu Langat, 8 Mac 2012 – Penderitaan yang dialami oleh lebih 600 orang mangsa banjir di Pusat Pemindahan Bencana Banjir di Batu 10, Ulu Langat mendapat perhatian dari pelbagai pihak. Mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di sini adalah antara yang paling teruk dilanda banjir akibat hujan lebat selama lebih tujuh jam bermula lewat petang semalam.Lebih 200 buah rumah di sekitar Ulu Langat dinaiki air yang naik secara mengejut dan menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah secara tergesa-gesa.

Prihatin dengan nasib mangsa banjir yang ditempatkan di SK Sungai Serai , Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyalurkan bantuan segera berupa makanan dan minuman yang disampaikan oleh Exco MBM, Sdr. Abdul Rizam Mohd Akhir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat dan Rakan Muda dan Sdr. Rhayme Yahaya.Menurut Sdr. Abdul Rizam, beliau akan menghantar beberapa sukarelawan bagi mengenalpasti keperluan mangsa-mangsa banjir sebelum tindakan lanjut diambil.

Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan berupa wang ringgit, boleh hubungi Sekretariat MBM di talian 03-9173 2761 (TEL) atau 03-9173 2759 (FAX) atau emel mbm@belia.org.my atau cek di atas nama MAJLIS BELIA MALAYSIA No: Akaun 014020406995 Maybank Cawangan Jalan Tunku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Tuan puan juga boleh memberi sumbangan berupa barangan keperluan harian dengan menyerahkannya kepada Sekretariat MBM beralamat Wisma MBM, No.1, Jalan Tasik Permaisuri 2, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur. Semua sumbangan tuan puan akan diserahkan terus kepada mangsa-mangsa banjir yang terbabit.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »